CAREER

      Pada pertengahan Tahun 2009 selepas tamat belajar, saya telah menerima tawaran perkerjaan yang pertama tanpa berlengah saya menerima tawaran tersebut. Syarikat pertama yang saya berkhidmat ialah Zeito Plastic Component Sdn. Bhd. di Cheras Jaya, Balakong, Selangor. Saya ditawarkan jawatan sebagai Juruteknik Mesin Pembuatan (Machinist). Kilang ini menjalankan urusniaga berasaskan Acuan Plastik (Injection Moulding), kilang ini mengambil tempahan dari syarikat-syarikat yang tidak mempunyai mesin menghasilkan produk plastik. Mereka menjalankan proses yang diperlukan oleh pihak pelanggan. peranan saya ialah membuat atau membaik pulih alat ganti acuan yang rosak, menghasilkan Jig untuk bahagian printing dan bahagian kualiti dan berbagai-bagai lagi jenis kerja.  Di dalam bahagian saya terdiri 8 orang pekerja termasuk saya. 5 daripadanya ialah warga asing yang bertugas sebagai juruteknik pembersih acuan. Sepanjang bekhidmat di kilang tersebut pelbagai dugaan,cabaran dan pengalaman yang diterima. Paling yang tidak dapat dilupakan ialah dugaan berkerja di bulan puasa...hanya Allah yang mengerti  bagaimana seksanya menahan kehausan ketika itu dengan dipenuhi dengan kerja-kerja yang berat serta penting tapi kewajipan untuk berpuasa tidak dilupakan. Syukur saya dapat berpuasa penuh pada bualn ramadhan tersebut. Saya berkhidmat di syarikat tersebut selama 8 bulan dan menamatkan pada penghujung bulan Mac 2010 kerana menerima tawaran pekerjaan di Sektor Awam sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi).



      Pada Tarikh 7 April 2010, saya telah melaporkan diri dewan Serbaguna Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Putrajaya. Disitu saya telah menerima surat penempatan dan diarahkan untuk melaporkan diri ke Jabatan Audit Negara (JAN), Putrajaya. Pada keesokan harinya, saya telah menghadirkan diri ke JAN bersama-sama rakan baru yang lain. Disitu kami telah dibahagikan ke tempat yang mempunyai kekosongan jawatan mengikut gred kami. Saya telah ditempatkan di Bahagian Hal Ehwal Korporat, Jabatan Audit Negara, Putrajaya manakala rakan-rakan yang lain ditempatkan di Sektor-sektor dan Cawangan-cawangan JAN sekitar Lembah Klang. Tugas saya dipejabat ialah membuat surat rasmi untuk dihantar ke Jabatan-jabatan lain, membuat dan memohon dokumen perolehan barang untuk kegunaan bahagian, menjaga aset-aset bahagian dan sedikit kerja tambahan iaitu merakamkan gambar serta video aktiviti JAN, Ketua Audit Negara untuk simpanan dan kegunaan JAN.










IBU PEJABAT JABATAN AUDIT NEGARA, PUTRAJAYA

No comments:

Post a Comment