Salam..Hi,
Pada zaman sekolah rendah saya mula menerima pendidikan Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 1, Setapak Kuala Lumpur dari Darjah 1 hingga Darjah 4. Kemudian berpindah ke Puchong mengikut keluarga yang berpindah kerumah baru. Di Puchong saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Puchong Bt.14 dari Darjah 5 hingga Darjah 6. Apabila selesai menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Saya memohon untuk berpindah ke Sekolah Menengah yang berhampiran dengan rumah saya.
|
Lencana SK Wangsa Maju Seksyen 1 |
|
Lencana Sekolah SK Puchong Bt. 14 |
Bermulanya tahun 2001, saya menjejakkan kaki di Alam Persekolahan Menengah. Saya mendaftarkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan Puchong Perdana yang agak berdekatan dengan kawasan perumahan saya. Di sekolah ini saya bersekolah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (Tahun 2001-2003), semasa disekolah ini saya bergiat aktif dalam Kegiatan Ko-Kurikulum. Antara Persatuan yang saya sertai ialah badan beruniform iaitu Pasukan Pengakap dan Kelab Hoki. Saya bergiat aktif dalam kedua-dua kelab ini Pada Tahun 2003, saya menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan terpaksa memperlahakan aktiviti Ko-Kurikulum saya untuk menumpukan perhatian kepada peperiksaan tersebut. Setelah selesai menduduki peperiksaan tersebut saya kembali menyertai aktiviti Ko-kurikulum.
|
Lencana SMK Puchong Perdana |
Pada awal tahun 2004 setelah mendapat keputusan yang memuaskan, saya telah mengisi borang permohonan untuk ke Aliran Teknik. Alhamdulillah saya menerima tawaran untuk memasuki ke Sekolah Menengah Teknik Selangor, Sg. Buloh dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Selama 2 tahun (Tahun 2004-2005) bersekolah disini, saya telah mempelajari banyak benda untuk hidup berdikari di alam sekolah berasrama. Pelbagai pengalaman saya peroleh tidak lupa juga kenalan baru yang datang hampir dari pelusuk negeri-negeri di Malaysia ini. Di sekolah ini saya telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Hoki Antara Sekolah-sekolah Daerah Gombak pada Tahun 2005 dan mendapat tempat ke-2 antara keseluruhan sekolah. Saya amat berbangga kerana dapat mengharumkan nama sekolah walaupun tidak seberapa. Pada ketika itu pelajaran tidak dilupakan. Dalam menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saya berusaha untuk memperolehi keputusan yang cemerlang agar dapat melayakan melanjutkan pelajaran ke IPTA yang diidamkan. Saya memperolehi keputusan yang memuaskan tapi rezeki tidak menyebelahi saya untuk melanjutkan pelajaran seperti yang diharapkan.
Pada tahun 2006 setelah mendapat keputusan SPM saya berkerja di sebuah restoran makanan segera berdekatan dengan kawasan rumah sementara menunggu tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Pada Pertengahan tahun 2006, saya menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran disebuah Kolej Teknikal di Cheras. Tiba hari yang ditetapkan, saya telah mendaftarkan diri di German-Malaysian Institute sebagai seorang pelajar di kolej tersebut. Pada hari tersebut bermulalah episod baru dalam hidup saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak/pelajar. Pada zaman kolej, pelbagai kenangan dan pengalaman suka-duka saya perolehi termasuk bertambah kenalan baru, ia adalah keuntungan bagi saya untuk mengenali aneka ragam manusia. Sepanjang 3 Tahun (Jun 2006-Julai 2009) bergelar pelajar, hari berganti bulan, bulan berganti tahun, tahun berganti semester, pelbagai ilmu yang diperolehi semwaktu di dalam kelas, waktu melakukan kerja amali di bengkel mahupun ketika latihan Industri di UMW Advantech adalah cukup bermakna dan berharga bagi saya. Pada penghujung Tahun 2009, saya telah menerima segulung diploma. Syukur kehadrat Illahi kerana dapat jua saya meyempurnakan tanggungjawab.
|
Zaman Kolej |
|
Hari Graduasi |
|
Tempat Latihan Industri |
No comments:
Post a Comment